Maklumat lengkap kadar yuran program Play School, Pre-School dan After-School Transit serta borang permohonan kemasukan rasmi 2026.
Semua program prasekolah Thinker Joy merangkumi sarapan pagi percuma setiap hari persekolahan!
Pihak sekolah menyediakan sarapan pagi percuma untuk semua program prasekolah (Scholar, Sage, Symphony dan Symphony Plus). Walau bagaimanapun, makan tengah hari dan minum petang (tea time) adalah caj berasingan sekiranya memilih pakej lanjutan/khas.
Yuran pengajian adalah berasaskan semester (pembayaran dibuat secara ansuran 11 kali dari Januari hingga November). Tarikh semester adalah mengikut Takwim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua yuran yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan (non-refundable) dan tidak boleh dipindah milik (non-transferable).
Minggu Orientasi Murid Baru (4-6 Tahun): Wajib untuk murid baru sesi Januari (9:00 am โ 11:00 am) dengan yuran RM50.00 bagi memastikan adaptasi anak berjalan lancar. Lawatan sambil belajar (Field Trip) adalah pilihan antara RM55.00 โ RM200.00 setiap trip.
Kira anggaran komitmen bulanan dan bayaran kemasukan awal mengikut pakej pilihan serta aktiviti kokurikulum anak anda.
(Ansuran bulanan JanโNov mengikut takwim KPM)
Sila lengkapkan maklumat di bawah untuk pendaftaran sesi 2026. Sila pastikan semua maklumat adalah tepat.